Apa itu Meta Tag Meta Tag ialah sebuah tag HTML yang istimewa di mana ia
mengandungi maklumat tentang blog itu. Tidak seperti HTML yang biasa, meta tag
tidak mempengaruhi penampilan(appearance)
blog itu. Sebaliknya meta tag dapat menberitahu kepada enjin pencarian tentang
siapa yang buat blog itu, berapa kerap blog itu di update, entri blog itu
menceritakan tentang apa dan apa keyword yang berkaitan dengan content blog
itu.
Meta tag adalah HTML tag yang berada
didalam HEAD section pada skrip laman web atau blog.Meta Tag tidak akan
kelihatan di dalam page anda. Setiap meta tag yang diletakkan pada laman
web akan membantu enjin pencari/crawler
memahami laman web/blog dengan lebih
mudah semasa di index. Secara ringkasnya meta tag ini mengandungi maklumat
ringkas tentang blog. Meta tag ini tidak ada secara automatik dalam blog tetapi user perlu tambah sendiri supaya blog
tersebut mesra SEO. Meta tags ini pula terbahagai kepada 2 iaitu:
Meta Description Tag
Meta Keywords Tag Di meta keywords digalakkan untuk letakkan 10-15 keyword yang berkaitan khusus(niche) blog tersebut. Contohnya jika blog tersebut banyak menceritakan tentang tutorial, letaklah keyword tentang tutorial dan sebagainya untuk tambahan. Kalau boleh cari keyword yang betul-betul penting bagi blog korang. Meta keywords akan memberitahu crawler keyword/katakunci mana yang anda gunakan pada laman/blog tersebut.
Contoh Meta Tag <meta name="description"
content="MASUKKAN
DESCRIPTION BLOG ANDA (tidak lebih dari 150 patah perkataan)" /> di bawah ialah contoh untuk Meta Tag Generator
|
kursus E-Marketing > Basic HTML >